TERMA DAN SYARAT

Terima kasih kerana telah mengunjungi laman web ini. Sila pastikan anda telah membaca Terma dan Syarat yang terkandung di dalam dokumen ini dengan teliti kerana sebarang penggunaan laman web ini menandakan persetujuan anda kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan.

Terma & Syarat ini disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Sekiranya terdapat percanggahan di antara kedua-dua versi Terma dan Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Sedania As Salam Capital Sdn. Bhd. (secara kolektif “SASC”, atau “kami”) adalah sebuah syarikat yang berteraskan kepada kemudahan perkhidmatan institusi kewangan ke arah industri digital dengan peralihan yang lancar dan sekaligus membekalkan penyelesaian teknologi kewangan moden yang patuh Shariah termasuk produk dan/atau platform perancangan dan pengagihan harta dalam Islam. Kami juga bertanggungjawab menguruskan perancangan dan pengagihan harta dalam Islam melalui platform JOMHIBAH serta menguruskan laman web JOMHIBAH (dirujuk sebagai “JOMHIBAH).

JOMHIBAH merupakan sebuah platform yang digunakan antara lain sebagai platform digital Hibah untuk penyelesaian Hibah yang lengkap serta memberikan manfaat kepada anda dari permohonan sehingga penyerahan aset atau harta kepada waris anda. (“Perkhidmatan”)

KAMI MENASIHATKAN ANDA SUPAYA MEMBACA TERMA DAN SYARAT INI DENGAN TELITI. ANDA BERSETUJU BAHAWA DENGAN MENGGUNAKAN JOMHIBAH, ANDA MENGAKUI BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI TERMA DAN SYARAT INI DAN BERSETUJU UNTUK PATUH DAN AKUR. SEKIRANYA ANDA TIDAK INGIN MENERIMA MANA-MANA BAHAGIAN TERMA DAN SYARAT INI, ANDA BOLEH MENGHENTIKAN PENGGUNAAN JOMHIBAH.

Sebarang akses dan penggunaan maklumat yang terkandung di dalam JOMHIBAH dan urusan yang dibuat bersama SASC adalah tertakluk kepada persetujuan anda terhadap Terma dan Syarat ini.

Tiada apa yang terkandung di dalam Terma dan Syarat ini akan ditafsir sebagai mengehadkan sebarang hak SASC yang lain melainkan telah dinyatakan. Terma dan Syarat ini akan berkuatkuasa pada tarikh anda memberikan persetujuan kepada Terma dan Syarat ini (“Tarikh Berkuatkuasa”) dan akan terus diguna pakai sehingga ditamatkan sepertimana yang dinyatakan di dalam Terma dan Syarat.

Dengan menggunakan JOMHIBAH, anda mengakui bahawa:-
a) Anda berumur sekurang-kurangnya lapan-belas (18) tahun dan mempunyai keupayaan untuk menggunakan JOMHIBAH;
b) Anda tidak akan menggunakan mana-mana bahan atau maklumat yang terkandung di dalam JOMHIBAH untuk tujuan yang tidak sah atau dilarang oleh Terma dan Syarat;
c) Anda memberikan persetujuan untuk bertanggungjawab terhadadap sebarang caj, yuran atau sebarang jumlah bayaran yang dikenakan hasil daripada penggunaan JOMHIBAH oleh anda; dan
d) Segala maklumat yang diberikan oleh anda adalah benar dan tepat.

DENGAN INI, anda bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat seperti yang berikut:-

1. DEFINISI

Bagi memenuhi tujuan Terma dan Syarat ini, terma-terma yang berikut akan, melainkan sebaliknya, mempunyai makna seperti yang dinyatakan di bawah. Segala terma lain yang tidak ditakrifkan akan membawa makna yang diberikan di dalam Terma atau sepertimana yang diterima pakai secara am di dalam industri berdasarkan konteks yang digunakan.

Permohonan : membawa maksud permohonan yang dikemukakan oleh anda berkenaan Produk melalui JOMHIBAH;

JOMHIBAH : membawa maksud laman web JOMHIBAH (https://jomhibah.com/) yang menawarkan kelebihan untuk Pengguna, khususnya untuk produk perancangan dan pengagihan harta dalam Islam;

Dasar Privasi JOMHIBAH : membawa maksud Dasar Privasi yang terkandung dalam JOMHIBAH, yang mentadbir hubungan diantara SASC dan Pengguna;

Terma dan Syarat JOMHIBAH : membawa maksud Terma dan Syarat yang terkandung dalam JOMHIBAH melibatkan SASC dan para Pengguna;

Pelanggan JOMHIBAH : merujuk kepada Pengguna yang log masuk ke dalam JOMHIBAH, di mana maklumat mereka dirakam ke dalam platform tersebut;

Rakan Niaga SASC : merujuk kepada rakan kongsi amanah, rakan kongsi perniagaan, entiti korporat yang berkaitan dan rakan kongsi di Malaysia dan/atau luar negara yang bekerjasama dengan SASC untuk tujuan pengurusan proses JOMHIBAH;

Hak Harta Intelek : membawa maksud: (a) segala hak berkaitan paten, reka bentuk berdaftar, hak reka bentuk, tanda dagangan dan nama perniagaan (termasuklah segala tanda dagangan atau nama perniagaan dan dagangan), hak cipta dan hak-hak berkaitan, hak moral, pangkalan data, nama domain, semi- konduktor dan hak topografi yang lain dan model utility, dan termasuklah faedah segala pendaftaran, permohonan untuk mendaftar dan hak untuk memohon untuk mendaftar bagi mana mana item terdahulu, bagi tempoh penuh (termasuklah sebarang tempoh sambungan atau pembaharuan) dan penguatkuasaan di mana-mana bahagian dunia; dan (b) rahsia dagangan, perkara sulit dan hak milik lain-lain, termasuklah hak ambil tahu dan maklumat teknikal yang lain;

Profil Akaun : membawa maksud Profil Akaun yang dibuat oleh Pelanggan JOMHIBAH yang mengandungi maklumat mereka untuk membuat Permohonan di JOMHIBAH;

Data Peribadi : membawa maksud yang sama seperti yang ditafsirkan di dalam Akta Pelindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010);

Produk : merujuk kepada Pembiayaan Hibah dan Pembiayaan Al-Wasitah yang disediakan oleh SASC dan Rakan Niaga SASC;

Pengguna : membawa maksud pengguna laman web yang mengunjungi JOMHIBAH bagi tujuan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh JOMHIBAH.

2. JOMHIBAH

Perkhidmatan JOMHIBAH adalah seperti yang berikut:

2.1 Kami menawarkan pekhidmatan atas talian secara bebas yang membenarkan anda untuk membandingkan Produk Hibah yang disediakan oleh SASC.

2.2 Kami juga membenarkan anda untuk mendapatkan bantuan berkenaan JOMHIBAH melibatkan produk atau perkhidmatan Hibah yang disertakan dalam JOMHIBAH termasuklah khidmat nasihat perancangan dan pengagihan harta dalam Islam. Maklumat berkenaan JOMHIBAH disediakan untuk memudahkan anda memilih produk atau perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak anda. Namun, ia merupakan tanggungjawab anda untuk memastikan produk atau perkhidmatan tersebut adalah bersesuaian dengan anda dan adalah keputusan anda untuk tidak mendapatkan sebarang produk atau perkhidmatan.

2.3 Kami juga menguruskan Pengguna yang log masuk ke JOMHIBAH, dimana maklumat mereka akan disimpan oleh platform. Pelanggan JOMHIBAH akan menerima buletin dan pengemaskinian produk dan lain-lain faedah di masa hadapan, tertakluk pada budi bicara JOMHIBAH.

2.4 Kami menyediakan perkhidmatan 100% secara atas talian dan menghubungi pelanggan kami menerusi medium komunikasi digital sebaik sahaja maklumat pelanggan telah kami terima melalui saluran rasmi syarikat kami termasuklah JOMHIBAH, e-mel, laman sosial media kami dan hotline pelanggan. Melalui cara ini, tiada keperluan untuk pihak SASC untuk berjumpa secara fizikal bersama para Pengguna.

2.5 Sila ambil maklum bahawa tiada apa yang terkandung di JOMHIBAH yang boleh dianggap mewakili sebarang cadangan oleh kami atau pihak ketiga untuk anda membeli mana-mana produk atau perkhidmatan atau untuk membuat kontrak bersama kami untuk mendapatkan apa-apa produk atau perkhidmatan. Dengan memberikan kami maklumat anda, anda telah bersetuju untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan yang relevan daripada Rakan Niaga SASC yang berkenaan berdasarkan terma dan syarat mereka.

3. HAK SASC

3.1 Kami menyasarkan untuk memberi anda akses ke JOMHIBAH tanpa sebarang gangguan. Walau bagaimanapun, kami akan memaklumkan para Pengguna di JOMHIBAH dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang penyelenggaraan teknikal. Kami berhak untuk menangguhkan, mengehadkan atau menghentikan akses anda ke JOMHIBAH pada bila- bila masa.

3.2. Anda mengakui bahawa SASC mempunyai hak, tertakluk kepada budi bicara mereka, dari semasa ke semasa, untuk menarik balik, meminda, menghilangkan dan/atau mengubah mana- mana bahagian atau secara keseluruhan Terma dan Syarat ini.

3.3. SASC boleh menamatkan permohonan Pelanggan JOMHIBAH tanpa apa-apa notis dan atas sebarang sebab, termasuklah tetapi tidak terhad kepada sekiranya terdapat Pelanggan JOMHIBAH yang gagal untuk mematuhi Terma dan Syarat.

3.4. Anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan secara berkala di JOMHIBAH untuk sebarang perubahan dalam Terma dan Syarat. Terma dan Syarat yang telah dipinda dan diubah akan diterbitkan di JOMHIBAH dan akan menggantikan semua versi sebelumnya.

4. LARANGAN PENGGUNA

4.1. Anda dilarang untuk:-

a) menggunakan JOMHIBAH bagi tujuan yang menyalahi undang-undang atau sebarang penipuan.;
b) menggunakan JOMHIBAH untuk memfitnah, menyalahgunakan, mengganggu, mengintip, mengugut atau mencabuli hak pengguna yang lain, termasuklah hak privasi, hak publsiiti atau hak harta intelek mereka;
c) menyamar sebagai orang atau entiti yang lain, memberi keterangan palsu atau memberi gambaran yang salah berkenaan penglibatan anda bersama sesiapa yang berkaitan dengan JOMHIBAH, atau menyatakan atau mengimplikasikan bahawa kami menyokong sebarang penyataan yang dilakukan oleh anda;
d) mengganggu atau melakukan campur tangan dalam operasi JOMHIBAH atau servis atau rangkaian yang diperlukan JOMHIBAH untuk beroperasi; atau melanggar sebarang prosedur, keperluan, dasar atau peraturan rangkaian tersebut;
e) menyebarkan atau mewujudkan virus, worm atau kod computer lain-lain yang invasif dan mengancam untuk merosakkan operasi JOMHIBAH, atau untuk mengawasi penggunaan peranti atau perisian komputer;
f) menghasilkan semula, meniru, menjual, menjual semula atauoun mengeksploitasi sebahagian penggunaan atau akses ke JOMHIBAH bagi tujuan komersial;
g) mengubahsuai, menyesuaikan, menterjemah, menggunakan kaedah kejuruteraan balikan, menguraikan atau membongkar sebarang bahagian JOMHIBAH. Sekiranya anda berniat untuk mengaplikasikan kejuruteraan balikan pada mana-mana bahagian JOMHIBAH untuk mencipta sebuah program operasi, anda hendaklah menghubungi pihak kami dan kami boleh menyediakan data antara muka tertakluk kepada pengesahan identiti anda dan maklumat tambahan yang lain;
h) membuang atau memindahkan sebarang hakcipta, trademark atau sebarang notis hak milik daripada JOMHIBAH atau bahan-bahan lain yang berasal daripada JOMHIBAH;
i) merangka semula atau menyerupai mana-mana bahagian JOMHIBAH tanpa sebarang izin dan persetujuan secara bertulis dari kami;
j) mencipta sebuah pangkalan data dengan memuat turun serta menyimpan data dan kandungan JOMHIBAH secara sistematik;
k) menggunakan alat secara manual atau automatik untuk mengumpulkan kandungan JOMHIBAH atau menghasilkan semula atau memintas struktur navigasi atau penyampaian JOMHIBAH tanpa sebarang persetujuan atau izin secara bertulis daripada kami. Walaupun begitu, kami membenarkan pengendali enjin carian awam secara atas talian akses terhad untuk menggunakan aplikasi cari semula untuk menghasilkan semula bahan-bahan daripada JOMHIBAH bagi tujuan menghasilkan indeks carian berkaitan bahan-bahan tersebut yang boleh diakses oleh orang awam. Kami berhak untuk menarik semula pengecualian yang diberikan secara amnya atau secara spesifik; dan
l) membuat pautan yang tidak sah dan tidak adil dan/atau mengelirukan atau yang boleh menggambarkan sebarang perkaitan, persetujuan atau sokongan dari pihak kami yang tidak pernah wujud sama sekali.

5. KANDUNGAN YANG DIMUAT NAIK

5.1 Kandungan yang telah dimuat naik merangkumi tetapi tidak terhad kepada maklumat, dokumen dan/atau dokumen pihak ketiga yang disediakan oleh Pengguna.

5.2 Sebahagian daripada ciri-ciri JOMHIBAH membenarkan anda untuk memuat naik dan/atau menghantar bahan kandungan. Dengan berbuat sedemikian, anda mengakui dan memberi gambaran bahawa anda memiliki segala hak ke atas bahan kandungan yang dimuat naik, termasuk tetapi tidak terhad kepada izin dan kebenaran daripada mana-mana pihak ketiga yang berkaitan untuk anda menghantar dan memuat naik kandungan tersebut. Anda juga memberikan persetujuan untuk memberikan kami hak tidak-eksklusif, bebas royalti, berkekalan, di seluruh dunia, boleh dipindah dan lesen sub-lesen untuk kami menggunakan, menyimpan, menghasilkan semula, mengubahsuai, membuat kerja-kerja pembezaan, berkomunikasi, menerbitkan, mempersembahkan dan mempamerkan secara terbuka dan mengedarkan kandungan tersebut. Bahan kandungan yang dimuatnaik atau dihantar hendaklah tidak;

a) melanggar mana-mana hak harta intelek atau melanggar sebarang perjanjian yang dibuat bersama orang atau entiti yang lain;
b) memfitnah, mengugut, menganggu atau mengandungi perkara yang boleh dibantah;
c) lucah, berbentuk pornografi atau tidak senonoh;
d) tidak berkaitan dengan tujuan Perkhidmatan yang ditawarkan JOMHIBAH; dan/atau
e) melanggar sebarang undang-undang, statutori atau peraturan.

6. PENYELESAIAN PERTIKAIAN

6.1 Kecuali sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Terma dan Syarat, remedi berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh JOMHIBAH atau berkenaan sebarang dakwaan pelanggaran Terma dan Syarat, akan diselesaikan oleh pihak yang berkenaan secara rundingan. Sekiranya pertikaian tersebut tidak dapat diselesaikan dalam masa tiga puluh (30) hari selepas bermulanya rundingan, salah seorang daripada pihak yang terlibat mempunyai hak untuk membawa dakwaan tersebut untuk penimbang taraan.

6.2 Prosiding timbang tara akan diadakan di Kuala Lumpur di bawah naungan Asian International Arbitration Centre (AIAC) dan akan tertakluk kepada undang-undang berkenaan penimbang taraan yang diguna pakai dalam Malaysia, seperti Akta Timbang Tara 2005 atau sebarang undang-undang yang meminda atau menggantikan Akta tersebut.

6.3 Prosiding timbang tara akan dilaksanakan di hadapan seorang penimbang tara. Sekiranya pihak yang terlibat tidak dapat mencapai persetujuan bersama penimbang tara tersebut dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh berunding bagi pihak yang terlibat, penimbang tara akan dilantik oleh Pengarah AIAC.

6.4 Prosiding timbang tara hendaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris dan penganugerahan daripada penimbang tara adalah muktamad dan mengikat pihak-pihak yang terlibat.

7. SOKONGAN PENGGUNA

7.1 Kami menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan terbaik bagi semua pengguna, justeru jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila ajukan pertanyaan tersebut di support@jomhibah.com.

7.2 Bagi tujuan mengendalikan sebarang pertanyaan, waktu bekerja kami adalah dari hari Isnin ke Jumaat, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, kecuali Hari Kelepasan Am atau Cuti Umum.

7.3 Sila ambil maklum bahawa sekiranya pertanyaan anda adalah berkenaan sesebuah produk atau perkhidmatan yang anda telah mohon melalui JOMHIBAH, anda hendaklah membuat pertanyaan secara terus kepada Rakan Niaga SASC yang bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan atau produk tersebut.

8. PENAFIAN

8.1 Kandungan JOMHIBAH disediakan sebagaimana adanya atas tujuan menyediakan maklumat umum sahaja. Perkara tersebut tidak melambangkan sebarang nasihat mahupun melambangkan sebuah tawaran terbuka yang boleh membawa kepada asas pembentukan sesebuah kontrak. SASC akan terus memastikan maklumat yang dipaparkan di lawan web ini adalah tepat dan terkini, namun SASC tidak menjamin bahawa segala yang tertulis di sini adalah 100% benar, terkini atau relevan kepada penyelesaian sebarang masalah yang dihadapi pengunjung laman web ini. Setakat yang dibenarkan undang- undang, SASC menafikan sebarang jaminan, secara ekspres atau implikasi, termasuklah kualiti dan kesesuaian penggunaan bagi tujuan tertentu, berkenaan penerbitan kandungan ini.

8.2 JOMHIBAH boleh memasukkan penyataan, pendapat atau pandangan pihak ketiga. Walaupun JOMHIBAH kadang-kadang boleh membuat rujukan pada nama penyedia perkhidmatan atau produk tertentu, perkara tersebut tidak membawa maksud sokongan atau pengesahan dari SASC. SASC menafikan segala liabiliti atau tanggungjawab bagi sebarang ralat, ketidak-tepatan, peninggalan, kekeliruan kandungan atau kandungan yang berbaur fitnah.

8.3 Nama produk, logo, jenama dan lain-lain tanda dagangan yang dirujuk di dalam JOMHIBAH adalah hak milik asal pemilik tanda dagangan tersebut. Pemilik-pemilik ini tidak mempunyai apa-apa kaitan bersama SASC atau JOMHIBAH dan mereka tidak menaja bahan-bahan kami.

8.4 SASC secara spesifik mengecualikan diri dari sebarang liabiliti bagi Produk yang ditawarkan yang dibeli dan/atau ditebus dari Rakan Niaga SASC oleh Pengguna JOMHIBAH.

8.5 SASC secara spesifik mengecualikan diri dari sebarang liabiliti bagi kerosakan atau kerugian tidak kira sama ada berpunca daripada penggunaan JOMHIBAH atau sebarang maklumat atau perkhidmatan yang disediakan melalui JOMHIBAH.

8.6 SASC tidak membuat sebarang perwakilan atau memberikan jaminan pada hasil keputusan Permohonan yang dibuat oleh anda.

9. PEMBATASAN LIABILITI

9.1 Anda bersetuju bahawa setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai, sebagai tambahan kepada sebarang jaminan dan penafian yang terkandung didalam terma ini, SASC tidak akan bertanggungawab bagi sebarang kerosakan secara tidak langsung, berakibat, terkecuali, khas atau kebetulan termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan yang berpunca atau berkaitan dengan JOMHIBAH, tidak kira sama ada SASC mempunyai pengetahuan atau seharusnya tahu, kemungkinan berlakunya kerosakan tersebut. SASC menafikan segala liabiliti berkenaan pelesen dan pembekal SASC. Tidak kira di dalam apa jua keadaan, SASC tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada ralat atau peninggalan dalam kandungan atau sebarang kerugian yang dialami berpunca daripada penggunaan atau pendedahan kepada sebarang kandungan yang dipaparkan, di e-mel, diakses, disebarkan atau disediakan melalui JOMHIBAH.

9.2 Anda juga memahami dan bersetuju bahawa pembatasan liabiliti ini akan digunapakai walaupun SASC disabitkan bersalah bagi sebarang kehilangan atau ganti rugi berpunca daripada pelanggaran kontrak, pelanggaran waranti sama ada secara langsung atau implikasi, kecuaian, liabiliti produk ketat, subrogasi, ganti rugi atau sumbangan atau mana-mana teori liabiliti yang lain.

9.3 Tiada apa yang terkandung di dalam Terma dan Syarat ini yang mengehadkan atau mengecualikan tanggungjawab anda terhadap penipuan, salah gambaran, kecuaian berat, pelanggaran undang-undang atau mengingkari tanggungjawab anda terhadap penggunaan JOMHIBAH secara sengaja.

10. DATA PERIBADI

Sekiranya meilbatkan Data Peribadi, SASC akan mematuhi tuntutan yang terkandung di dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (dirujuk sebagai “PDPA”), secara khususnya berkenaan pemerolehan, penyimpanan, pemindahan dan pengendalian data. Pematuhan SASC terhadap undang-undang privasi telah termaktub di dalam Dasar Privasi JOMHIBAH.

11. HAK HARTA INTELEK

SASC akan mengekalkan semua Hak Harta Intelek di dalam JOMHIBAH dan menyimpan segala paten, hakcipta, rahsia perdagangan, nama dagangan, tanda dagangan dan lain lain Hak Harta Intelek yang berkaitan dengan JOMHIBAH dan dilindungi di bawah undang-undang harta intelek Malaysia dan peruntukan-peruntukan Perjanjian Antarabangsa. Penggunaan JOMHIBAH tanpa kebenaran akan mengakibatkan anda bersalah dalam melanggar Hak Harta Intelek SASC.

12. PEMBERITAHUAN PERUBAHAN

Anda bersetuju bahawa SASC mempunyai hak mutlak, tertakluk pada budi bicara mereka, untuk menukar, mengubah suai, menambah atau membuang mana-mana bahagian Terma dan Syarat pada bila-bila masa dan pemberitahuan perubahan akan dibuat melalui JOMHIBAH dan mana-mana saluran yang dianggap sesuai.

13. PENGABAIAN HAK

Tiada satu pun peruntukan atau perkara yang tidak disebutkan secara khusus dalam Terma dan Syarat ini akan dianggap sebagai pengabaian hak melalui sebarang tindakan atau persetujuan SASC. Pengabaian hanya akan berkuatkuasa jika dibuat melalui instrumen penyataan daripada SASC.

14. UNDANG-UNDANG DAN PERTIKAIAN

14.1 Terma dan Syarat ini dibuat di bawah undang-undang Malaysia dan akan tertakluk pada bidang kuasa ekslusif mahkamah di Malaysia.

14.2 Sekiranya terdapat peruntukan di dalam Terma dan Syarat ini yang tidak sah di bawah undang-undang Malaysia, peruntukan tersebut akan dihadkan, dikecilkan aplikasinya, ditafsirkan atau diubah mengikut kesusaian untuk menjadikan peruntukan tersebut boleh digunapakai tetapi hanya sekadar yang diperlukan untuk mencapai status sah tersebut. Jika perlu, peruntukan yang tidak sah itu akan dibuang terus daripada Terma dan Syarat dan peruntukan yang ada akan diguna pakai secara menyeluruh.

15. PERLINDUNGAN

Dengan mengakses JOMHIBAH, anda bersetuju untuk memberikan kami perlindungan penuh daripada bertanggungjawab terhadap semua tuntutan, tuntutan mahkamah, ganti rugi, kos dan perbelanjaan termasuklah kos bayaran di bawah undang-undang yang timbul terhadap mana-mana pihak ketiga hasil penggunaan JOMHIBAH oleh anda.

16. PEMBATALAN

Apabila Produk dan/atau Perkhidmatan dipohon dan pembayaran penuh telah diproses, transaksi dianggap sah dan hanya boleh dibatalkan secara bertulis dalam tempoh empat belas (14) hari selepas penerimaan pembayaran penuh yuran Hibah oleh SASC. Sebarang pemulangan wang kepada Pelanggan, yang merangkumi 5% yuran Hibah atau seberang kos yang dikeluarkan dalam menyediakan Perkhidmatan oleh SASC, mengikut mana-mana yang lebih rendah, akan dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari dari notis pembatalan.

17. NOTIS

Semua notis yang diberikan akan dikira sebagai sah sekiranya dihantar melalui e-mel kepada alamat yang berikut :-
Kepada SASC : support@jomhibah.com
Kepada Pengguna : alamat e-mel yang diberikan